SEBUT HARGA PEROLEHAN PENAMBAHBAIKAN CONTACT CENTRE

Tawaran adalah terbuka kepada SEMUA syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebut harga berikut:

NO. SEBUT HARGA:PDP:SH 2/2025
TAJUK SEBUT HARGA:SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN CONTACT CENTRE MELIBATKAN OUTSOURCING CLOUD TELEPHONY SYSTEM, INTERACTIVE VOICE RESPONSE, CHATBOT DAN WHATSAPP BUSINESS
KOD BIDANG:210201, 210202, dan 210203
TARIKH BUKA:26 MAC 2025 (RABU)
TARIKH TAKLIMAT:TIADA
TARIKH TUTUP:10 APRIL 2025 (KHAMIS)

2. Dokumen Sebut Harga boleh diperoleh mulai 26 MAC 2025 (RABU) di Laman Web Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi : www.pdp.gov.my.

3. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan hendaklah dikemukakan dalam dua sampul surat/bungkusan yang berasingan dan berlakri. Kedua-dua sampul teknikal dan harga tersebut perlu dikemukakan ke dalam satu (1) sampul utama berserta No. Sebut Harga: PDP:SH2/2025 pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat beserta tajuk sebut harga.

4. Dokumen Sebut Harga hendak dihantar secara manual dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Kaunter Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Aras 8, Galleria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya, Malaysia pada atau sebelum 10 APRIL 2024 (RABU) sebelum jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan diproses.

5. Sebarang penjelasan lanjut berkenaan Sebut Harga ini hendak dirujuk kepada pegawai berikut :

Penolong Pengarah Kanan
Seksyen Pengurusan Pendaftaran
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Kementerian Digital,
Aras 8, Galleria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, Malaysia.