PORTAL RASMI JABATAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Portal Rasmi
Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Penyerahan Pendaftaran

Kongsi Halaman

PENYERAHAN PERAKUAN PENDAFTARAN

Seksyen 19. Penyerahan perakuan pendaftaran

  1. Jika perakuan pendaftaran dibatalkan menurut seksyen 18, pemegang perakuan itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh penyampaian notis pembatalan pendaftaran itu, menyerahkan perakuan itu kepada Pesuruhjaya.
  2. Seseorang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 20. Daftar Pengguna Data

  1. Pesuruhjaya hendaklah menyenggarakan suatu Daftar Pengguna Data mengikut seksyen 128.
  2. Daftar Pengguna Data itu hendaklah mengandungi nama pengguna data yang telah didaftarkan menurut Penggal ini dan apa-apa butir lain berkenaan dengan pengguna data itu sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi

Scroll to Top